Pengenalan

KOR SISPA UMK mula ditubuhkan  pada tahun 2012 yang bertujuan  untuk memupuk semangat kesukarelawan dan kerjasama. Kini setelah 4 tahun diperkenalkan di UMK, KOR SISPA menjadi penggerak kepada aktiviti sukarelawan di dalam ataupun diluar UMK.

KOR SISPA UMK juga telah menaikkan lagi nama UMK menerusi aktiviti – aktiviti kemasyarakatan yang dilihat menjadi prospek yang baik untuk melibatkan pelajar-pelajar dengan masyarakat luar. Antara pencapaian tertinggi KOR SISPA UMK ialah pentauliahan kumpulan pertama sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam pada tahun 2013 dan yang terkini 2014.

Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.