Latihan

Objektif Latihan

  • Memberi peluang kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
  • Memupuk nilai dan sikap hormat-menghormati , menurut perintah , berdisiplin, bekerjasama , bertanggungjawab , berhemah , kejujuran dan keyakinan diri.
  • Menanam semangat kesedaran sivik , ketaatan , dan cintakan negara serta   penjagaan alam sekitar.
  • Mempertingkatkan ketahanan fizikal , mental , dan daya kerohanian yang seimbang.

Bidang Latihan

  • Pengetahuan asas pertahanan awam
  • Kemahiran asas pertolongan cemas
  • Kemahiran asas melawan kebakaran
  • Kemahiran asas menyelamat
  • Kenegaraan
  • Etika/moral
  • Arahan keselamatan

Kaedah Latihan

  • Latihan akan dijalankan oleh jurulatih yang bertauliah dan pembantu jurulatih dalam bentuk teori dan praktikal.
  • Latihan dijalankan secara mingguan diselaraskan dengan aktiviti kokurikulum IPTA/IPTS.
  • Latihan luar akan diadakan pada setiap semester bagi semua pegawai kadet dan  akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam.

Sijil-sijil Kor SISPA

  • Sijil asas – dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Sijil latihan kemahiran – dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Sijil kejurulatihan – dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Sijil kenaikan pangkat ( setiap kali kenaikan pangkat ) – dikeluarkan oleh IPTA/IPTS.
  • Sijil tamat latihan – dikeluarkan leh IPTA/IPTS dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Sijil pentauliahan – dikeluarkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.