Fokus Strategik
-
Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.
-
Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.
-
Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.
-
Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.
-
Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).
-
Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
-
Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.
-
Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.
-
Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.
-
Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.
Nilai & Teras
-
Mengendalikan tugas dengan cekap dan tepat.
-
Berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang di berikan.
-
Mengamalkan konsep kerja berpasukan.
-
Berkhidmat dengan Ikhlas.