-
Pihak Pengurusan IPTA/IPTS adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor SISPA selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
-
Anggota Kor SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya.
-
Pada semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran
-
Pada semester keempat iaitu semester terakhir dan SISPA telah tamat dengan jayanya, mereka akan mendapat Sijil Tamat SISPA.Pelajar yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA.
-
Mereka perlu bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda.
-
Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan pelajar mendapat 1 jam kredit yang diiktiraf oleh IPTA/ IPTS.
