TNC (Akademik & Antarabangsa) Dilantik Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor SISPA

Timbalam Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dilantik sebagai Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA, baru-baru ini. Beliau menerima pemakaian pangkat sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor Sispa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Wira Abu Seman Yusop, sempena Majlis Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kali Ke – 3 2012, di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, pada 18 Julai 2012.

TNCA komandan 2

Manakala pemakaian pangkat bagi Kapten Bersekutu Kor Sispa UMK ialah Pegawai Belia dan Sukan, En. Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib, Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Fadli bin Mohd Zain, Penolong Pendaftar, En. Raja Azlan bin Raja Ismail dan Penolong Pendaftar Fakulti Perubatan Veterinar, Cik Nor Azlina binti Kamarudin.

Sementara itu, Prof. Dr. Roselina menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul dengan baik dan berintegriti tinggi dalam memberi perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada universiti tetapi kepada masyarakat.

Sehubungan itu, sebagai ahli pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kita telah mengatur strategi dan perancangan untuk memulakan program khidmat sosial dan sukarelawan di negeri Kelantan.TNCA komandan 1

“Melalui pasukan Kor SISPA UMK, setiap ahli perlu peka dengan faktor persekitaran yang berlaku dengan menyertai kerja-kerja amal dan pasukan penyelamat bagi bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut bercadang untuk melibatkan pasukan Kor SISPA UMK dalam program-program rasmi anjuran universiti dan sebagai permulaan pasukan tersebut akan membantu unit keselamatan bersama-sama Kor SUKSIS untuk Majlis Konvokesyen Kedua UMK.