Mesyuarat Khas Pengurusan Kor Sispa dan Majlis Tertinggi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UMK

Pada 3 Februari 2022 telah diadakan satu Mesyuarat Khas Pengurusan Kor Sispa dan Majlis Penyampaian Sijil Majlis Tertinggi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Kelantan 2020/2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Kampus Kota.

Semua LT. Muda Kompeni 6 dan Timbalan Komandan KOR SISPA  UMK, barisan ajutan, APM daerah Kota bharu, dan APM negeri Kelantan telah menghadiri mesyuarat khas ini.

Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada semua terutamanya kepada 3 PKS Kompeni 7 kerana turut membantu dalam menjayakan majlis ini.