Majlis Pentauliahan Kor SISPA Kali Ke -12

Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12 Tahun 2021 telah selesai dilaksanakan pada 6-7 November 2021 bertempat di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang juga dilaksanakan secara dalam talian (hibrid).

Seramai 24 PKS UMK telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. Mereka telah berjaya tamatkan silibus sepanjang 3 tahun.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada komanden KOR SISPA UMK, para anjutan,APM daerah Kota bharu,APM negeri kelantan dan para jurulatih yang tidak jemu memberikan ilmu, tunjuk ajar dan sokongan.