MAHASISWA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disaran untuk menyertai persatuan beruniform yang diwujudkan di Institusi Pengajian Tinggi kerana ia merupakan platform terbaik bagi mereka membina disiplin dan sahsiah diri untuk membentuk graduan yang cemerlang serta memiliki kemahiran insaniah yang berterusan.
Naib Canselor UMK, YDH ACP/KS. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, berkata, setiap persatuan beruniform yang ditubuhkan itu memberi penekanan penting dalam soal disiplin serta pembentukan jati diri, meningkatkan semangat patriotisme, semangat berpasukan dan penekanan kepada amalan Intergriti.
Katanya, di UMK setakat ini telah menawarkan empat jenis badan beruniform iaitu Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Polis DiRaja Malaysia (KorSuksis), Persatuan Sukarelawan Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KorSISPA), Pasukan Simpanan Tentera Darat (WATANIAH 503), Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kelab Sukarelawan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
“Oleh demikian, para pelajar UMK diwajibkanmenganggotai badan beruniform sekurang-kurangnya satu tahun iaitui dua semester mengikut badan beruniform yang ditawarkan menerusi Kursus Ko-Kurikulum Berkredit (KKB) bagi memenhi syarat bergraduat.
“Pembabitan para pelajar dalam persatuan beruniform ini bukan sahaja mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat luar tetapi perkara yang lebih penting ialah mereka diberi pendedahan dan dilatih untuk mempratikkan nilai-nilai kreativiti, koloborasi, pemikiran kritikal, berdaya tahan dan berempati,” katanya pada perasmian Perhimpunan Beruniform UMK Bil 1. 2016, di Padang Kawad, UMK Bachok, Kelantan, pada 16 Mei 2016.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Komandan Kor SISPA UMK, YBhg. Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Prof. Abdul Aziz Ab. Latif dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), selaku Komandan PBSM UMK, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.
Hadir sama, Pendaftar UMK selaku Komandan pasukan Wataniah, YS. Mejar (K) Pauzi Pak Chu dan Pengarah ISME UMK selaku Timbalan Komandan Kor SUKSIS UMK, YDH Supt/KS Prof. Dr. Mohamed Dahlan Ibrahim.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, objektif utama program yang julung kali diadakan ini adalah untuk membudayakan amalan pasukan Unit Beruniform yang terdapat di universiti.
Beliau berkata, program ini diharapkan dapat dilaksanakan setiap tahun bagi menjadi platform perjumpaan rasmi semua pegawai kehormat dengan anggota jurulatih Unit Beruniform UMK.
“Program ini juga berupaya untuk meningkatkan displin dan kesiapsiagaan warga unit berunform UMK dalam menghadapi cabaran dan tugasan di masa hadapan dan berjaya memartabatkan imej Unit Beruniform UMK sebagai Kursus Ko Kurikulum Berkredit.
“Justeru itu, warga unit Beruniform UMK perlu meningkatkan momentum bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang serta terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran yang mendatang untuk memenuhi hasrat dan harapan negara dan masyarakat terhadap kita,” jelas beliau.
Oleh: Syarimie Wosley Foto: Al Azam Razi