Kor SISPA UMK Sertai Kursus Methodologi Dan Kursus Bakal Pegawai Di Akademi Latihan Pertahanan Awam, (ALPHA)

Seramai 50 orang anggota Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam, Universiti Malaysia Kelantan (Kor SISPA UMK) kumpulan kedua  telah menyertai dua (2) kursus utama khusus untuk melayakkan mereka ditauliahkan sebagai Kadet SISPA berpangkat Leftenan Muda (PA).

Kedua-dua kursus ini dilaksanakan oleh pihak ALPHA dengan LOGO ALPHA
kerjasama UMK dan merupakan kursus wajib kepada semua anggota Kor SISPA UMK. Kursus yang pertama diadakan ialah Kursus  Methodologi telah dilaksanakan pada 1-5 Februari 2016. Dalam kursus pertama ini mereka diberi pendedahan mengenai aspek-aspek pengurusan pertahanan awam.

Kursus-kursus ini yang telah dipantau Kapten Kursus Bakal Pelatih 1Bersekutu Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib bersama-sama pegawai-pegawai bersekutu yang telah dilantik bagi memastikan perjalanan kursus berjalan dengan baik dan efektif.

Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti sentiasa menyokong penuh program ini bagi merealisasi matlamat penubuhan Kor SISPA UMK terutama sekali Y. Bhg. Prof. Abdul Aziz bin Ab. Latif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Komandan Kor SISPA UMK.

Disediakan oleh

Kapten Bersekutu (PA) Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib
Penyelaras Kor SISPA UMK
Pusat Ko-Kurikulum
13 Mac 2016